LONDON 3 Ogos – Dua lelaki terpaksa dibawa ke hospital selepas ditikam ekoran keganasan yang dicetuskan oleh penyokong kedua-dua pasukan ketika aksi kelayakan Liga Europa di antara Rangers menentang kelab dari Croatia, Osijek di Glasgow. Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial mendapati sekumpulan penyokong kedua-dua pasukan bertumbuk dan menyepak antara satu sama lain malah turut membaling botol, batu dan suar sebelum perlawanan dimulakan. Dua mangsa tersebut masing-masing berusia 24 dan 40 tahun dibawa ke Hospital Universiti Queen Elizabeth dan mereka dilaporkan stabil. “Tindakan ganas seperti ini tidak akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya