PATTANI 31 Ogos – Seorang lelaki dan seorang wanita mati ditembak individu tidak dikenali di sebuah pasar malam di wilayah bergolak Pattani di selatan Thailand, semalam. Ketua Polis Bandar Pattani Kol Kirati Waeyusof berkata lelaki yang terbunuh dalam kejadian 7 malam (waktu tempatan) itu dikenali sebagai Ayib Muda, 58, seorang sukarelawan keselamatan tempatan. “Ayib ditembak dua kali pada bahagian kepala oleh individu bersenjata pistol 9mm. Beliau mati di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui hari ini. Ketua Polis Wilayah Pattani Mej Jen Piyawat Chalermsi turut meninjau lokasi kejadian. Menurut sumber polis,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya