KUANTAN 5 Ogos – Pengendali Pahang, Dollah Salleh kecewa dengan ketumpulan jentera serangan skuadnya yang gagal memanfaatkan peluang menjaringkan gol sekali gus menyaksikan Tok Gajah sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika bertemu pasukan Liga Perdana, Sabah dalam persaingan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, di sini semalam. Dollah berkata, segalanya tidak menjadi bagi anak buahnya di sebalik harapan tinggi yang diletakkan iaitu untuk mencapai kemenangan pertama sebagai motivasi terhadap misi mereka untuk menjulang piala kedua musim ini. “Pemain dilihat masih lagi tercari-cari rentak permainan dan paling ketara bahagian serangan tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya