BENGAL BARAT, India – Sekumpulan doktor berjaya mengeluarkan dua tumor gergasi seberat 35 kilogram (kg) daripada ovari seorang wanita berumur 60 tahun di sini baru-baru ini. Ketumbuhan itu dilaporkan merangkumi kira-kira 80 peratus saiz abdomen badan Arati Adhikary, 60, dari Kanchrapara di sini dan wanita itu dianggap bertuah kerana masih hidup. Adhikary dirujuk ke Kolej Perubatan dan Hospital JNM di sini kira-kira 10 hari lalu akibat kesakitan teruk pada bahagian abdomen. Doktor yang menjalankan pemeriksaan ultra bunyi terkejut menemui tumor gergasi pada kedua-dua ovarinya. Pakar bedah ginekologi, Dr. Mriganka Mouli…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya