KUALA TERENGGANU 21 Ogos – Hanya kerana tidak tahan mendengar leteran neneknya, seorang penganggur akhirnya dijatuhi hukuman di tali gantung setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana membunuh warga emas itu dengan menggunakan sebilah parang, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Zainal Azman Ab. Aziz memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan tertuduh, Maslizan Muhamad, 36, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Mengikut pertuduhan, Maslizan didakwa membunuh Halimah Taib yang ketika itu berusia 78 tahun di hadapan sebuah rumah di Kampung Surau Haji Daud, Pengadang Buloh, di sini, kira-kira pukul…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya