GEORGE TOWN – Seorang Pengurus Badan Pengurusan Bersama Taman Terubong Indah dijatuhi hukuman denda RM30,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan membiarkan premis bangunan Blok 15, Taman Terubong Indah biak larva nyamuk aedes. Pengurus itu yang merupakan Orang Kena Saman membuat pengakuan itu dengan menukar pengakuan kepada bersalah ketika kes itu ditetapkan untuk bela diri hari ini di hadapan Majistret Qasiratul Jannah Usmani Othman. Pengurus tersebut kemudian membayar denda berkenaan. Pada 15 Mei lalu, pengurus tersebut didakwa terhadap tiga pertuduhan membiarkan keadaan itu terjadi sehingga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya