KUALA LUMPUR 16 Ogos – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri topi keledar milik seorang lelaki di hadapan sebuah restoran makanan segera, dua bulan lalu. Ahmad Alludin Mat Said, 34, didakwa mencuri topi keledar jenama KHI berwarna hitam bernilai RM100 milik Zulkefli Ripin, 35, di depan McDonald’s Jalan Silang, Dang Wangi, di sini kira-kira pukul 2.30 petang, 28 Jun lalu. Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda. Timbalan Pendakwa Raya, Nur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya