PEMAIN badminton per seorangan lelaki profesional, Liew Daren terus menggalas misi negara pada Kejohanan Dunia di Nanjing, China apabila berjaya mara ke pusingan ketiga semalam. Pada pusingan kedua yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Nanjing itu, Daren mudah menyingkirkan pemain Israel, Misha Zilberman 21-16, 21-16. Walaupun memerlukan tempoh 33 minit untuk menghantar pulang pemain Israel itu, namun bekas pemain naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu mengakui berdepan sedikit tekanan pada aksi terbabit. “Kalau orang luar tengok perlawanan hari ini (semalam), mungkin mereka anggap saya sebagai pilihan tetapi sebenarnya, ia lebih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya