GLASGOW – Ketua jurulatih Celtic, Brendan Rodgers akan mengambil pendekatan ‘agresif’ menjelang aksi pusingan kelayakan ketiga menentang AEK Athens di Celtic Park, Selasa depan dalam usaha mencerahkan peluang ke pentas Liga Juara-Juara musim ini. Celtic mara ke pusingan tersebut selepas berjaya mencatatkan kemenangan 3-1 secara agregat ke atas wakil Norway, Rosenborg BK pada pusingan kelayakan kedua awal pagi semalam. Bagaimanapun, Rodgers, 45, tidak pasti cabaran bakal menanti anak-anak buahnya menjelang pertemuan dengan AEK yang merupakan juara Greece, apatah lagi dijadualkan beraksi di laman pihak lawan, Stadium Olimpik Athens terlebih dahulu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya