AWANG menjunjung kasih atas ketegasan titah Sultan Nazrin Shah supaya perkara-perkara asas yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dipertahan tanpa kompromi. Titah seumpama ini bukanlah kali pertama dizahirkan. Baginda pernah mengingatkan tentang Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu. Jelaslah baginda begitu prihatin dengan kontrak sosial yang telah dipersetujui. Bagaimanapun selepas pilihan raya umum (PRU) yang lalu, terdapat keresahan dalam kalangan masyarakat Melayu dan Islam apabila ada tindak tanduk yang cuba ‘mengganggu’ apa yang sudah disepakati. Dalam hal ini, kerajaan turut berperanan mempertahankan apa yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Perkara berkaitan Raja-raja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya