AWANG menyokong penuh amaran oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof supaya setiap anggota Parlimen menjaga tingkah laku ketika mengambil bahagian semasa mesyuarat berlangsung. Mereka diingatkan supaya tidak menggunakan kata-kata kesat serta berbaur lucah. Peringatan seumpama itu bukanlah kali pertama tetapi umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Memandangkan mesyuarat penggal ini menampilkan 90 anggota baharu, eloklah amaran itu diperingatkan semula, bukan sahaja kepada orang baharu tetapi mereka yang sudah berpengalaman. Gunalah bahasa atau ayat yang lebih sopan kerana mesyuarat itu turut disaksikan oleh orang luar sama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya