Apabila ketamadunan berkuasa Modenisasi bermaharajalela Taksub manusia pada peranti siber Menjadi medan luahan emosi Tampuk hebahan berita sensasi Galak bersaing mengejar populariti Akhirnya mengundang padah memakan diri. Hilang lenyap bahasa indah lontaran kotak suara Sepi hambar meruntun suasana tanpa secalit kata Membunuh bicara dan gelak tawa Merelakan diri kepada kerendahan jiwa Kerana setiap perihal suka dan duka Tidak lagi berkongsi cerita secara bersua muka. Lebih tega membiarkan jari-jemari yang berkata-kata Lagaknya bagai cendekiawan memuntahkan idealisme. Mata terus tertunduk patuh pada materialisme Bibir dan lidah terus beku, kaku dan kelu Sunyi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya