KUALA LUMPUR 7 Ogos – Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa pihak pengurusan Malaysian Airlines Berhad (MAB) memberi opsyen kepada pramugari mereka untuk memilih berpakaian menutup aurat dan bertudung sewaktu bertugas sebagai staf kabin. Naib Presidennya, Nor Azura Kamarudin Sohami berkata, hal itu bukanlah sesuatu yang janggal mahupun ketinggalan zaman bagi sebuah negara Islam memandangkan syarikat penerbangan gergasi di peringkat antarabangsa seperti British Airways telahpun mempunyai polisi yang membenarkan pekerja kabin bertudung. “Helwa ABIM ingin mencadangkan agar MAB memperkenalkan polisi pemakaian mesra wanita Islam yang jelas.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya