SUNGAI PETANI 7 Ogos – Tiada sebarang keputusan yang dibuat PKR pada masa ini berhubung kawasan Parlimen yang bakal ditandingi oleh Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut bekas Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, suaminya yang menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PKR, Ahad lalu itu masih belum membuat keputusan mengenai kawasan Parlimen yang mahu ditandinginya. “Memang saya katakan banyak yang menawarkan untuk mengosongkan kerusi mereka bagi memberi laluan buat Anwar namun kita dan Anwar sendiri belum membuat keputusan di mana dia nak bertanding,” katanya kepada pemberita di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya