KUALA LUMPUR 27 Ogos – Bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman meninggal dunia pada kira-kira pukul 2 pagi tadi di Hospital Ampang. Perkara itu disahkan oleh adik ipar allahyarham yang merupakan pelakon Syatila Mevin menerusi posting di Instagram awal pagi tadi. Zainal Abidin, 58, yang pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari 2006 hingga Mac 2008 dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit kanser darah (multiple myeloma). Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke Pulau Pinang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya