LANCASHIRE, Britain – Seorang bayi perempuan yang dilahirkan dengan otak di luar kepala berjaya meneruskan kehidupan seperti biasa meskipun sebelum ini diramal tidak akan mampu hidup lama. Selepas empat tahun berusaha untuk mendapatkan bayi, pasangan Cathrine Donlon, 40, dan suaminya, Mark, 46, mendapati anak perempuan mereka dikesan mengalami ensefalosel menerusi imbasan ketika berusia empat minggu di dalam kandungan. Pasangan tersebut bagaimanapun menolak cadangan pakar perubatan untuk menggugurkan bayi tersebut kerana khuatir dia akan meninggal dunia dalam kandungan dan memilih untuk melahirkan bayinya, Alana menerusi pembedahan caeserean pada 15 Mac 2015.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya