Bayaran balik tunggakan cukai input GST bermula tahun depan - Utusan Malaysia

Bayaran balik tunggakan cukai input GST bermula tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pakatan Harapan akan berusaha membuat bayaran balik tunggakan tuntutan cukai input bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula tahun depan. Beliau mendedahkan terdapat sejumlah RM19.4 billion dalam tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST sejak pelaksanaannya pada April 2015 sehingga 31 Mei lalu. Katanya, rekod Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengesahkan daripada jumlah tunggakan tersebut sebanyak RM9.2 billion atau 47 peratus adalah pada tahun ini; RM6.8 billion (35 peratus) pada 2017; RM2.8 billion (15 peratus) pada 2016 dan RM600 juta (3 peratus) pada 2015. “Baki sedia ada dalam Tabung Bayaran Balik hanyalah sekitar RM1.49 bilion sahaja. Ini menandakan ada kekurangan kira-kira RM18 bilion,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-undang Cukai  Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini. Guan Eng berkata, kerajaan akan mengkaji pelbagai cara bagi memperoleh dana yang mencukupi  untuk tujuan pembayaran tuntutan tersebut. Beliau berkata, kelewatan pembayaran balik tuntutan itu menjejaskan suasana perniagaan dan memberi kesan negatif kepada daya saing negara. “Saya amat terperanjat apabila diberitahu…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya