KEMAMAN – Seorang bapa maut manakala bayi lelakinya yang berusia 12 bulan cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 108, Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiran Kampung Labohan di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi itu, Mohd. Badrul Ridhzuan Rosmani@Rosman, 27, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala manakala bayinya, Muhammad Attar, hanya mengalami cedera ringan. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke kediamannya di daerah ini dari bandar Paka selepas menghantar isterinya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya