DHAKA – Pihak berkuasa Bangladesh menutup akses internet untuk telefon bimbit dan peralatan mudah alih lain di sebahagian besar kawasan di negara itu, demikian menurut beberapa pegawai dan media tempatan semalam. Tindakan tersebut dilakukan ketika pemerintah cuba menghentikan bantahan besar-besaran oleh pelajar yang bertukar ganas. Kumpulan pelajar menunjuk perasaan sejak seminggu lalu dan mengakibatkan beberapa kawasan di ibu kota Bangladesh, Dhaka lumpuh. Mereka membantah kelemahan dalam aspek keselamatan jalan raya selepas dua remaja maut dilanggar sebuah bas yang memecut laju. Kelmarin, bantahan bertukar ganas di kejiranan Jigatala, Dhaka yang mengakibatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya