SHAH ALAM 12 Ogos – Peserta program realiti Big Stage 2018 (BS 2018), Baby Shima tiba-tiba rebah di pentas ketika membuat persembahan dalam pertandingan itu sebentar tadi. Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 26, yang membawakan lagu Ku Tak Akan Bersuara nyanyian asal Nike Ardilla pada mulanya tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia mengalami masalah kesihatan malah sempat menghabiskan persembahannya. Bagaimanapun beberapa saat sebelum persembahan berakhir dia tiba-tiba rebah dan memerlukan paramedik mengangkatnya keluar dari pentas. Sementara itu pengacara BS 2018, Alif Satar memaklumkan penyanyi yang sebelum ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya