KUALA LUMPUR – Tahap prestasi pengurusan kewangan di 25 kementerian bagi tahun 2017 adalah baik secara keseluruhannya di mana semua kementerian memperoleh markah melebihi 70 peratus. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2017 mengenai penyata kewangan kerajaan persekutuan dan pengurusan kewangan kementerian/jabatan/badan berkanun persekutuan (BBP), tujuh kementerian mencapai tahap cemerlang (90 hingga 100 peratus), 16 baik (80 hingga 89.9 peratus) dan dua memuaskan (70 hingga 79.9 peratus). Sebaliknya, prestasi pengurusan kewangan di 18 Jabatan yang diaudit secara tahunan menunjukkan 13 jabatan mencapai tahap cemerlang dan lima pada tahap baik, manakala prestasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya