ALOR SETAR – Taktik licik sindiket penyeludupan daun ketum menyembunyikan 609 kilogram (kg) daun itu di bawah lantai bahagian belakang sebuah lori untuk diseludup ke Thailand berjaya dipatahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sempadan Malaysia-Thailand dalam daerah Padang Terap dekat sini hari ini. Kegiatan itu berjaya dibongkar Markas 6 Briged melalui Pasukan 4 Rejimen Sempadan berhampiran Pos Sahara kira-kira pukul 3.30 pagi ini. Panglima 6 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, empat anggotanya yang melakukan rondaan ternampak beberapa individu sedang memuatkan barang ke atas sebuah lori. “Pasukan ronda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya