KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) Terengganu berjaya menahan tiga buah bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara pada jarak antara 106 hingga 116 batu nautika dari muara Kuala Terengganu kelmarin. Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, kesemua nelayan asing warga Vietnam itu ditahan oleh Kapal Maritim (KM) Segantang ketika sedang leka menangkap ikan antara pukul 4.15 petang hingga 7 malam. Menurut beliau, selepas menyedari kehadiran KM Segantang, ketiga-tiga bot nelayan asing terbabit cuba meloloskan diri dengan menuju ke arah sempadan perairan Malaysia-Vietnam. “KM Segantang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya