LUMUT – Maritim Malaysia (APMM) negeri Perak menahan sebuah bot nelayan asing bersama empat warga Indonesia kerana menangkap ikan di perairan Malaysia, kira-kira 50 batu nautika dari barat laut Pulau Pangkor, semalam. Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata, bot itu dikesan Kapal Maritim (KM) Marlin ketika melakukan rondaan di perairan negeri itu. Menurutnya, seorang tekong bersama tiga orang awak-awak warga Indonesia turut ditahan berusia antara 15 hingga 55 tahun. “Mereka ditahan ketika melakukan aktiviti merawai (menangkap ikan menggunakan rawai) kira-kira 50 batu nautika dari barat laut Pulau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya