BEKAS juara Akademi Fantasia 2016 (AF2016), Amir Masdi melancarkan single baharu berjudul Puas, sekali gus menjadi pertaruhan ketiga selepas Pemilik Cinta (2016) dan Waktu (2017). Mengambil masa sekitar setahun untuk melancarkan material terbaharu, Amir atau nama lengkapnya, Amir Syazwan Masdi mengakui tempoh tersebut merupakan satu jangka waktu yang lama. Katanya, dia enggan terburu-buru membuat keputusan disebabkan tidak mahu kecewa berikutan single keduanya, Waktu kurang mendapat sambutan peminat. Akibat kegagalan tersebut, dia pernah mengambil keputusan untuk menyendiri dan hanya bermain permainan video bagi mengelakkan diri daripada memikirkan tentang penerimaan khalayak terhadap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya