LONDON 1 Ogos – Penjaga gol termahal dalam sejarah bola sepak dunia Alisson mengakui semakin selesa bersama Liverpool. Penjaga gol Brazil itu menyertai The Reds daripada Roma dengan nilai perpindahan 67 juta pound (RM355.5 juta). Liverpool dilihat bergelut untuk mendapatkan aksi cemerlang dalam persaingan musim lalu selepas kedua-dua penjaga gawang mereka iaitu Loris Karius dan Simon Mignolet kerap melakukan kesilapan. Mereka akhirnya berusaha mengatasi masalah itu dengan membawa masuk Alisson, penjaga gawang berkelas dunia. “Keadaan di sini sangat menyenangkan. “Saya semakin selesa di sini terutama selepas beberapa hari berehat bersama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya