TIDAK dapat dinafikan semua orang bermula daripada bawah. Begitu juga dengan heroin filem Pulang ini, Puteri Aishah. Dia juga tidak terlepas daripada situasi sama. Selepas tayangan filem Pulang, ada yang menyifatkan lakonannya kurang ‘menjadi’. Apatah lagi digandingkan dengan pelakon berpengalaman, Remy Ishak, secara tidak langsung, ada yang cuba membanding-bandingkannya. Bagaimanapun, bagi Puteri, dia tidak melihat kritikan yang dilemparkan kepadanya itu sebagai pemutus semangat buatnya. Bahkan, menurut pelakon berusia 24 tahun ini, dia sendiri mengakui bahawa setiap naskhah yang dibawakan itu merupakan satu proses pembelajaran buatnya. Justeru, apa jua komen yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya