MATARAM, Indonesia 6 Ogos – Sekurang-kurangnya 82 orang terbunuh dan beratus-ratus yang lain cedera apabila satu gempa bumi kuat berukuran 6.9 melanda Lombok buat kali kedua. Jurucakap agensi kawalan bencana Indonesia, Sutopi Nughoro berkata, gempa tersebut turut menyebabkan ribuan bangunan musnah dan mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai termasuk pelancong. Jelasnya, amaran tsunami yang dikeluarkan sebelum ini bagaimanapun ditarik balik selepas keadaan terkawal. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya