KAHERAH 5 Ogos – Tentera Mesir dan pasukan keselamatan telah membunuh sekurang-kurangnya 52 orang yang disyaki terlibat dengan kumpulan militan sejak beberapa hari lalu. Angka berkenaan menjadikan jumlah militan yang terbunuh sejak operasi menghapuskan kumpulan pengganas Daesh dijalankan pada Februari lalu meningkat kepada 300 orang. Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, tentera dan pasukan keselamatan juga memusnahkan 15 kenderaan yang sarat dengan senjata dan peluru ketika cuba menceroboh sempadan barat serta 17 lagi di wilayah selatan. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya