IDLIB 13 Ogos – Sekurang-kurangnya 39 orang termasuk 12 kanak-kanak terbunuh dalam letupan yang meranapkan sebuah bangunan di bandar Sarmada. Lapor BBC memetik koresponden dan pemantau sebagai berkata, puluhan mangsa lagi dilaporkan masih hilang. Semalam, anggota penyelamat di Sarmada menggunakan jentolak untuk membuang serpihan bangunan dan menarik mangsa keluar. Wujud beberapa laporan menyatakan angka kematian mungkin akan meningkat. Punca letupan masih lagi diketahui.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya