TANJUNG MALIM 12 Ogos – Sebanyak 3,140 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan sepanjang Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak yang akan berlangsung dari 12 hingga 22 September ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, persiapan melibatkan aspek keselamatan dan kawalan trafik itu bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berikutan temasya sukan itu turut disertai oleh 15 kontinjen dari seluruh negara termasuk Brunei. Beliau berkata, pihaknya sedia menambah kekuatan pasukan sekiranya terdapat keperluan mendesak dengan bantuan dari Bukit Aman bagi membantu penugasan sepanjang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya