SOFIA 31 Ogos – Perdana Menteri Bulgaria, Boyko Borissov memecat tiga orang menteri, hari ini berhubung kemalangan sebuah bas yang mengakibatkan 17 orang maut, Sabtu lalu dengan menyifatkan ahli politik juga perlu bertanggungjawab terhadap nahas yang mencetuskan kemarahan rakyat negara ini. Borissov menuntut peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Ivaylo Moskovski; Menteri Pembangunan Serantau, Nikolay Nankov dan Menteri Dalam Negeri,Valentin Radev. “Kami menerima kesemua tanggungjawab politik dan kami meletak jawatan,” kata Radev. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya