27 maut banjir landa selatan India - Utusan Malaysia

27 maut banjir landa selatan India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 10 Ogos – Banjir kilat yang melanda Kerala sejak dua hari lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 27 nyawa. Menurut pihak berkuasa, keadaan itu disebabkan oleh hujan lebat yang turun berterusan selama dua hari dan menyebabkan air empangan melimpah. Sehubungan itu, pihak berkuasa terpaksa membuka pintu 24 empangan bagi mengurangkan paras air yang semakin meningkat. Keadaan itu juga menyebabkan kira-kira 20,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan sebanyak 260 kem perlindungan sementara diwujudkan. Selain itu, sebanyak 57 pelancong termasuk 24 warga asing dilaporkan terkandas di atas bukit Munnar. – AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya