Pelatih Orang Kurang Upaya (OKU) Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Nanding, Hulu Langat mengikuti program Jom Selamatkan Bumi Kita bagi melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar di Petrosains, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pengarah Program, Nurhasyimah Mohd Salleh berkata, pengetahuan dan pendedahan yang diberikan kepada golongan OKU ini diharap dapat meningkatkan kesedaran serta keprihatinan mereka sekali gus melahirkan individu yang mempunyai tingkah laku lebih positif terhadap alam sekitar. “Dalam program ini, golongan OKU diberitahu punca-punca pencemaran alam sekitar, dijelaskan cara-cara memelihara alam sekitar dan dibimbing membuat inovasi bahan kitar semula,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya