HANOI 11 Ogos – Kira-kira 200 penagih dadah melepaskan diri dari sebuah pusat pemulihan di selatan wilayah Tien Giang hari ini. Menurut seorang anggota polis yang enggan dikenali, separuh daripada mereka bagaimanapun berjaya ditangkap. “Kami sedang mencari mereka yang masih bebas,” katanya. Lapor laman web VnExpress, berlaku pertelingkahan antara penagih dadah dan kakitangan di pusat berkenaan serta ada antara mereka mengacukan pisau dan batu-bata. Malahan, sesetengah daripada penagih dadah itu bertindak memecahkan pintu untuk melarikan diri. Beberapa imej yang tersebar di laman sosial menunjukkan berpuluh penagih dadah dilihat berkeliaran di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya