BATU PAHAT 14 Ogos – Dua lelaki maut, manakala dua lagi parah selepas kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di Kilometer 135 Jalan Batu Pahat-Muar, di Peserai, malam tadi. Nahas kira-kira pukul 9 malam itu mengakibatkan pemandu kereta itu, Mohd. Fazly Reza Mohamed, 30, dan penumpang hadapan, Muhamad Izhuan Kahar, 24, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Dua lagi penumpang belakang, Muhamad Basri Hamadan, 24, dan Nor Hasyim Abu Bakar, 34, kini dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya