MELAKA 17 Ogos – SME Corporation Malaysia (SME Corp) cawangan negeri Melaka hari ini menyerahkan geran perniagaan kepada 18 syarikat usahawan tempatan berjumlah keseluruhan RM1.5 juta menerusi program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) yang diadakan di Hotel Kobemas di sini. Majlis penyerahan surat tawaran itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee dan turut dihadiri Pengarah SME Corp Melaka, Nor Hidayaty Mohd. Nor. BEEP merupakan satu pakej bersepadu meliputi sembilan komponen bantuan kewangan bagi mewujudkan dan membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya