JALALABAD 1 Ogos – Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam kejadian serangan bersenjata oleh kumpulan militan di sebuah bangunan kerajaan di Jalalabad, lapor pihak berkuasa. Jurucakap gabenor wilayah Nangarhar, Attaullah Khogyani berkata, pengganas bertindak mengepung perkarangan jabatan pelarian dan repatriasi selepas meletupkan bom di hadapan pintu masuk jabatan berkenaan. Pertempuran sengit antara kumpulan militan dan pasukan keselamatan berlarutan selama lebih lima jam sebelum pengganas ditembak mati. Kumpulan militan Taliban menafikan penglibatan mereka dalam kejadian itu menerusi mesej WhatsApp yang dihantar kepada wartawan. Dalam kejadian berasingan di barat Afghanistan, bom menyasarkan pasukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya