PUTRAJAYA 10 Ogos – Membawa pulang 11 pingat emas daripada Sukan Asia 2018 bukan misi mustahil namun untuk bersikap realistik Malaysia meletakkan sasaran tujuh emas dalam temasya di Jakarta-Palembang yang bermula 18 Ogos ini. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika mengumumkan sasaran kontinjen negara hari ini menamakan boling, karate, sepak takraw, silat dan lumba basikal sebagai prospek untuk meraih emas. Namun, jika 11 emas mampu dijangkau, itu bermakna Malaysia akan mengatasi pencapaian terbaiknya dalam sejarah iaitu sembilan emas yang dilakukan di Guangzhou 2010. Malah, keputusan itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya