100 tentera Afghanistan terbunuh pertempuran di Ghazni - Utusan Malaysia

100 tentera Afghanistan terbunuh pertempuran di Ghazni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL 13 Ogos – Sekurang-kurangnya 100 anggota pasukan keselamatan Afghanistan terbunuh dalam perjuangan berterusan membebaskan bandaraya Ghazni daripada kepungan militan Taliban. Menurut Menteri Pertahanan, Tariq Shah Bahrami, jumlah tersebut dicatatkan selepas empat hari pertempuran bermula. Pengumuman itu dibuat selepas pasukan baharu dihantar ke ibu kota dan operasi serangan udara menyasarkan kedudukan militan Taliban dilancarkan. “Sekitar 100 anggota pasukan keselamatan terkorban dan antara 20 hingga 30 orang awam terbunuh. “194 musuh, termasuk 12 komander utama mereka juga telah dibunuh dengan 147 lagi cedera,” katanya.-AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya