MANCHESTER 12 Ogos – Sepuluh orang termasuk dua kanak-kanak dikejarkan ke hospital akibat cedera setelah terkena tembakan peluru tabur di sini hari ini. Pihak polis menerima panggilan tentang kejadian di bandar Moss Side ketika berlangsungnya sebuah majlis susulan Karnival Carribean di kawasan berhampiran. Polis Greater Manchester memaklumkan, sembilan mangsa termasuk kanak-kanak berkenaan mengalami cedera ringan namun seorang lelaki berada dalam kritikal akibat kecederaan pada kaki. “Ini merupakan perbuatan melulu yang boleh mengakibatkan keluarga atau rakan kehilangan orang yang disayangi,’’ Ketua Superitenden, Wasim Chaudhry. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya