PUTRAJAYA 17 Julai – Tan Sri Zaharah Ibrahim sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Hakim Besar Malaya yang baharu menggantikan Tan Sri Ahmad Maarop yang dinaikkan pangkat sebagai Presiden Mahkamah Rayuan. Tan Sri Zaharah Ibrahim Upacara mengangkat sumpah jawatan dan taat setia itu dijalankan di hadapan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Malaya, Datuk Su Geok Yiam di Istana Kehakiman di sini. Zaharah, 65, merupakan hakim wanita kedua dilantik mengisi salah satu daripada empat jawatan tertinggi itu selepas Tan Sri Siti Norma Yaakob. Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 16 Februari 2015.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya