PUTRAJAYA – Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaharah Ibrahim sah dilantik sebagai Hakim Besar Malaya yang baharu. Zaharah hadir pada Majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia di hadapan Datuk Su Geok Yiam, Hakim Kanan bagi Mahkamah Tinggi Malaya di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman di sini sebentar tadi. Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah memperkenan pelantikan Zaharah sebagai Hakim Besar Malaya berkuat kuasa 11 Julai lalu. Zaharah menggantikan tempat Tan Sri Ahmad Maarop yang kini memegang jawatan sebagai Presiden Mahkamah Rayuan. Pelantikan itu menyaksikan Zaharah sebagai hakim wanita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya