Melihat kepada usianya, mesti ramai yang tidak menyangka Nurul Eeman Mansor, 20, telah meraih banyak pencapaian dan anugerah sehingga ke peringkat antarabangsa. Penglibatan aktifnya dalam bidang hak asasi kanak-kanak dan lukisan sejak di bangku sekolah lagi menyebabkannya menerima pelbagai anugerah. Antara anugerah yang diterima oleh penuntut tahun satu Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini, termasuklah Anugerah Perwaris Harapan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Anugerah Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (A.S.K) daripada Sultan Kedah pada 2017. Lebih membanggakan, anak bongsu daripada tiga adik-beradik ini pernah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya