KUALA LUMPUR 21 Julai – Meskipun menduduki ranking ke-254 dunia, selain hilang daripada arena skuasy dunia lebih 20 bulan kerana kecederaan lutut, namun hari ini Low Wee Wern membuktikan dia masih unggul apabila melangkah ke final Terbuka Malaysia. Pemain wanita negara itu, hanya memerlukan 33 minit untuk mengesahkan tempat di pentas akhir selepas menundukkan rakan senegaranya, S. Sivasangari 11-6, 11-8, 11-9 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil. Kemenangan itu juga mengubat sedikit sebanyak kekecewaan bekas pemain No. 5 dunia tersebut selepas tewas kepada Sivasangari dalam final Kejohanan Kebangsaan, minggu lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya