BEKAS pemain No. 5 dunia, Low Wee Wern mendapat hadiah awal paling berharga sempena hari jadinya yang ke-27 tahun (25 Julai) apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia menewaskan pilihan keempat, Satomi Watanabe dengan straight-set pada perlawanan akhir semalam. Pemain kelahiran Pulau Pinang yang mara ke final daripada pusingan kelayakan, menampilkan aksi cemerlang di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk menundukkan pemain Jepun itu 11-8, 11-7, 11-4 dalam masa hanya 30 minit. Ketika ditemui pemberita selepas perlawanan, Wee Wern berkata, dia tahu Watanabe akan menjadi pencabarnya sejak semalam (kelmarin)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya