PHNOM PENH – Rakyat Kemboja keluar mengundi semalam dalam pilihan raya umum yang dijangka melanjutkan pemerintahan 33 tahun Perdana Menteri, Hun Sen selepas satu-satunya parti pembangkang terkuat dibubarkan, menjadikan Kemboja sebagai negara satu parti. Hun Sen yang berkuasa sejak tahun 1985, menggunakan kekerasan untuk mematahkan penentangan termasuk menekan masyarakat awam, kebebasan media dan menangkap musuh-musuh politiknya. Barat membatalkan bantuannya untuk pilihan raya itu dengan alasan ia tidak telus, manakala kumpulan hak asasi manusia dan pembangkang menyifatkannya sebagai ‘pembunuhan demokrasi’. Sebanyak 19 parti kecil dan kurang dikenali bertanding melawan parti pemerintah,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya