KUALA LUMPUR 18 Julai – Seorang warga emas nyaris maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke kawasan stesen komuter Angkasapuri di Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Kuala Lumpur di sini hari ini. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Ujarnya, dalam kejadian terbabit, kereta Perodua Kancil yang dipandu lelaki berusia 65 tahun itu dari arah ibu negara menuju ke Pantai Baru. “Mangsa yang cedera ringan kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi menerima rawatan lanjut,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya