KUALA LUMPUR – Gara-gara menegur dua lelaki yang mabuk dan membuat bising, seorang wanita cedera dibelasah dua lelaki itu dalam satu kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang Utara di sini semalam. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, dalam kejadian pukul 6.30 petang itu mangsa dibelasah di hadapan suami dan anaknya yang ketika itu menaiki motosikal berasingan. “Sebelum kejadian mangsa ketika itu menunggang motosikal bersama anaknya manakala suaminya menaiki sebuah lagi motosikal dengan seorang lagi anak mereka mengekori dari belakang. “Sewaktu tiba di tempat kejadian,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya