KUALA LUMPUR 24 Julai – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yakin akan kekal sebagai Presiden Pakatan Harapan (PH) walaupun beliau tidak lagi menyandang jawatan Presiden PKR selepas pemilihan parti itu bulan depan. Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusannya tidak bertanding mempertahankan jawatan tertinggi PKR itu tidak akan memberi kesan terhadap kedudukannya dalam PH. “Tak apa, tidak ada apa-apa dengan kedudukan saya sebab kita merasakan bahawa dalam PH memang jawatan saya tetap akan diteruskan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai kedudukannya dalam PKR dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya